Saturday, August 29, 2009

Renungkan bersama....Anda harapan mereka...Selamatkan Orangutan!!!!

Friday, August 28, 2009

Kenapa perlu jaga orangutan??

-Spesis ini hampir pupus disebabkan pembalakan hutan,pemburuan haram dan perdagangan binatang.

-Supaya generasi akan datang dapat mengenali spesis orangutan.

-Merupakan spesis yang unik kerana berkongsi 97% DNA manusia .Selain itu,mereka mempunyai pendekatan unik untuk menyelesaikan masalah.Antaranya ialah mereka mampu mendayung sampan,boleh membuat buaian di udara,menggunakan peralatan untuk membuat sesuatu dan banyak lagi.




Orangutan yang terseksa disebabkan kerakusan manusia...

Tuesday, August 25, 2009

keistimewaan orangutan

-Mempunyai 97% DNA manusia.

-Ciri-ciri fizikalnya lebih mirip kepada manusia dan mudah dijinakkan.

-Selain itu,orangutan mempunyai pancaindera yang sempurna di mana jari tangan dan kaki sama seperti manusia dan membolehkan mereka mencari makanan dan membuat sarang.Orangutan juga mempunyai kekuatan dimana ianya mampu bergayut sambil mendukung anak dengan menahan anaknya menggunakan kaki.

-Selain itu juga,orangutan mempunyai sifat pemalu dan penyayang.Orangutan menyayangi anaknya seperti mana manusia menyayangi anak mereka.Sentiasa menjaga keselamatan keluarganya dan juga mampu menyusukan anaknya.

-Tidak akan bertukar tempat setelah selesa dengan tempat yang disediakan.

-Cara pemakanan orangutan sama seperti manusia iaitu mereka makan apa yang manusia makan.

orangutan sedang berpaut di pokok dengan menggunakan

kaki dan tangannya.



orangutan sedang bergayut di tali.



Fakta Orang Utan


-0rang utan hanya terdapat di kepulauan Borneo dan Sumatra. Mamalia ini terdapat di kawasan pergunungan pada paras 2.400 M(dari Gunung Kinabalu.

- Jantan dewasa (15 tahun ke atas) berdiri setinggi 1.4 meter dan mempunyai berat 50–100kg. Betina mempunyai berat di antara 34–40kg.

-0rangutan membuat sarang di atas pokok daripada daun-daun dahan-dahan kecil di mana mereka tidur pada waktu malam. Biasanya orangutan membina sarang baru setiap hari di mana mereka berehat pada waktu siang. Mereka merupakan binatang yang suka bersendirian dan memakan buah-buahan, daun-daun, kulit kayu, pucuk dan sarang burung. Kadang-kadang mereka juga memakan serangga dan anai-anai.

-0rangutan boleh hidup diantara 35-40 tahun atau lebih. Seekor Orangutan betina boleh beranak sekurang-kurangnya 3–4 kali dengan purata seekor anak setiap satu tahun. Masa bunting adalah kira-kira 9 bulan.Anak orang utan mempunyai kadar pembesaran yang lambat, kadang-kadang mengambil 5–7 tahun sebelum boleh hidup sendiri dan sekurang-kurangnya 7–10 tahun sebelum mencapai kematangan seksual.

-0rangutan merupakan spesis binatang yang semakin pupus. Di negeri Sabah,pemusnahan habitat secara berleluasa merupakan punca utama kepupusan binatang ini. Untuk terus hidup, orang utan bergantung kepada hutan peringkat pertama yang mana telah dieksploitasi untuk tujuan penanaman. Ini menyebabkan orang utan terpaksa meninggalkan kawasan habitatnya dan terpaksa pindah ke kawasan pergunungan dimana makanan tidak mencukupi.

- Pergerakan orang utan yang lambat juga menyebabkan mereka menjadi sasaran pemburu. 0rangutan merupakan binatang pendiam dan tidak menyerang dan merupakan binatang yang dilindungi di Sabah.